Lapor The Guardian, tahi bintang bersaiz seperti sebuah bola itu ditemukan penduduk di sebuah sawah padi di sini.

Majistret Madhubani, Kapil Ashik berkata penduduk kampung Mahadeva mendakwa terluhat objek seakan bebola api jatuh dari langit.

Penduduk kemudian mengorek objek berkenaan yang tertanam 150 sentimeter di dalam tanah.

Objek tersebut dilaporkan berwarna coklat seberat 15 kilogram dan dikatakan memiliki daya tarikan magnetik.- AGENSI