Jurucakap polis daerah Bayelsa, Asinim Butswat berkata, pihak polis setakat ini masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca letupan.

“Tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Pihak polis masih belum dapat mengesahkan sama ada kejadian berlaku akibat serangan pengganas atau kegagalan fungsi peralatan,” katanya.-AFP