Stuff New Zealand melaporkan, petisyen itu diwujudkan selepas pemimpin berkenaan membuat kenyataan mengaitkan insiden serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch adalah di­sebabkan kebanjiran golongan pendatang beragama Islam di New Zealand.

Petisyen yang diwujudkan oleh Kate Ahmad serta penulis dari Melbourne, Harris Sultan itu ditandatangani lebih 1.4 juta orang ketika diserahkan kepada Senator New South Wales, Mehreen Faruqi pagi ini.

"Saya terima e-mel kebencian dan mesej-mesej ancaman dalam media sosial," katanya kepada media di sini.

Kenyataan Anning itu mencetuskan kemarahan global termasuk William Connolly atau Will Connolly yang digelar 'budak telur'.

Connolly dianggap hero selepas menghempuk telur pada kepala Anning kerana berang dengan kenyataan pemimpin berkenaan.

Connolly sebelum ini mene­gaskan orang Islam bukan pengganas dan mereka yang melabel sedemikian adalah ‘tidak berotak’ sama seperti Anning.