China berdepan masalah diabetes di dunia dengan kira-kira 11 peratus daripada populasinya menderita penyakit berkenaan, berdasarkan kajian oleh Amerika Syarikat (AS) pada 2017.

Menurut penyelidik dari Hospital Fuwai di Beijing dan Universiti Emory di AS, risiko diabetes meningkat sebanyak 16 peratus bagi setiap pertambahan 10 mikrogram per kubik meter ketika pendedahan partikel PM2.5 untuk tempoh masa lama. - AFP