Arnaud dikatakan terjatuh selepas tali yang dipakainya ketika melakukan persembahan tergantung dan tidak bergerak.

Syarikat sarkas itu dalam ke­nya­taan rasminya memaklumkan, Arnaud dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Presiden syarikat itu, Daniel Lamarre berkata, seluruh keluarga Cirque du Soleil masih lagi terkejut dan berasa sedih dengan insiden berkenaan.

“Beliau bersama kami sejak 15 tahun lalu dan disenangi oleh semua yang mengenalinya,” katanya.

Susulan kejadian itu, dua persembahan yang dijadualkan berlangsung di Tampa dibatalkan.

Pada 2013, seorang penari akrobatik Perancis, Sarah Guillot-Guyar meninggal dunia selepas terjatuh dari kawat tinggi di depan orang ramai dalam ke­adaan yang mengerikan ketika di Las Vegas.

Guillot-Guyar jatuh daripada ketinggian kira-kira 15 meter ketika dia diangkat ke arah bumbung di atas kawat semasa pertunjukan berlangsung.

Pada tahun 2009, seorang lagi penari akrobatik Ukraine, Olexandre Jourov, 24, meninggal dunia akibat terjatuh semasa latihan di Montreal. – AFP