Polis New South Wales berkata, mangsa, Theo Hayez, 18, dilihat kali terakhir di sebuah hotel di Byron Bay pada 31 Mei lalu.

“Kami mengerakkan banyak aset dalam pencarian... di hutan belukar ke arah timur dan timur laut bandar berkenaan,” jelas Ketua Inspektor Matthew Kehoe dalam kenyataan hari ini.

Kehilangan mangsa dilaporkan selepas tidak pulang ke hostel tempat dia menginap. - AFP