Seperti biasa, kumpulan hak asasi manusia memberikan maklum balas negatif terhadap langkah terbaharu negara terkaya di Borneo itu, yang dikatakan mengamalkan undang-undang Islam yang ketat berbanding negara jiran, Malaysia dan Indonesia.

Brunei pertama kali mengumumkan langkah-langkah perundangan Syariah pada 2013 tetapi pelaksanaannya telah ditangguhkan bagi membolehkan para pegawai pelaksana membuat butir-butir praktikal selain mendapat tentangan kumpulan hak asasi manusia. – AFP