Portal RT melaporkan, saman tersebut melibatkan ganti rugi pampasan sebanyak AS$75 juta (RM306.6 juta) bagi ‘reputasi terjejas, gangguan emosi dan mental serta ganti rugi punutif AS$200 juta (RM817.6 juta).

Dalam saman itu menyatakan, ia merujuk kepada empat segmen siaran ‘fitnah’ dan sembilan artikel yang dikeluarkan dalam CNN.com.

“Tuduhan CNN secara keseluruhan salah yang mana mereka boleh mengetahui kebenarannya jika mengambil langkah rasional untuk menyemak semula.

“Bertentangan dengan hebahan hubungan awam CNN ‘fakta pertama’, mereka mengabaikannya dan meletakkan keutamaan pada agenda anti-Trump dalam kempen media selama tujuh hari,” katanya.

Sandmann tanpa sengaja menjadi muka kepada ‘keistimewaan kulit putih’ selepas video diolah untuk menipu menunjukkan dia dan rakannya sedang ‘konfrontasi’ dengan pemprotes orang asli Amerika yang tular di Twitter dan media arus perdana.

Meskipun video penuh itu boleh dilihat dalam YouTube namun sumber media arus perdana memainkan naratif kanak-kanak dengan memakai topi Trump seterusnya membakar lagi kemarahan orang ramai.

Tambahnya, kempen media itu adalah palsu disamping serangan keras terhadap seorang budak lelaki yang bersalah dengan hanya memakai cenderamata topi ‘Make America Great Again’ ketika lawatan sekolah.