Kesemua 11 tertuduh hadir bersama peguam mereka pada sesi pertama pendengaran terbuka mengenai dakwaan berkenaan hari ini, menurut satu kenyataan oleh Pejabat Peguam Negara yang dipetik Saudi Press Agency.

Jamal, kolumnis Washington Post, didakwa dibunuh di dalam bangunan Konsulat Arab Saudi di Turki pada 2 Oktober lalu.

Bagaimanapun, mayat Jamal masih belum ditemukan sehingga kini.

Menurut kenyataan tersebut, Arab Saudi telah dua kali mengemukakan tuntutan secara rasmi untuk mendapatkan bukti dari Turki, lokasi Jamal dibunuh, namun tidak menerima sebarang maklum balas.

Nama 11 defendan tersebut tidak dikeluarkan secara rasmi oleh mahkamah.

Ankara sebelum ini menuntut ekstradisi terhadap suspek untuk dibicarakan di Turki tetapi permintaan itu ditolak oleh Riyadh.

Agensi Perisikan Pusat (CIA) merumuskan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman didakwa mengarahkan pembunuhan Jamal.

Namun pada November lalu, Pejabat Peguam Negara menafikan segala penglibatan Mohammed. – AFP