Jiang Tianyong yang mengambil kes berprofil tinggi termasuk pengamal Falu Gong dan pemprotes warga Tibet menjadi salah seorang daripada lebih 200 peguam dan aktivis ditahan pada 2015.

Tianyong berusia 47 tahun hilang pada Khamis lalu selepas menamatkan hukuman penjara selama dua tahun sebelum muncul semula di kampungnya di Xinyang, daerah Henan.

Menurut isteri Tianyong, Jin Bianling, meskipun Jiang telah dibebaskan dari penjara namun dia masih ‘tidak bebas’.

“Dia tinggal bersama ibu bapanya di rumah tetapi polis berjaga di luar dan di mana-mana Tianyong pergi dia akan diikuti pihak berkuasa.

“Saya risau dengan dia boleh hilang bila-bila masa dan berharap Tianyong dapat datang ke Amerika Syarikat secepat mungkin untuk bersama dengan kami,” katanya. - AFP