Lapor RT, rekod lama dipegang David Ben-Gurion yang menjawat jawatan itu selama 4,875 hari.

Tiada seorang pemimpin yang berjaya menandingi dua individu berkenaan yang menjadi Perdana Menteri Israel bagi tempoh yang cukup lama.

Netanyahu dilantik pada 1996 kemudian dipilih semula pada 1999 dan 2009.

Beliau kini dipilih menjadi Perdana Menteri Israel untuk kali keempat, walaupun terkait dengan pelbagai skandal termasuk rasuah, penguasaan politik serta memberi perlindungan kepada kumpulan radikal sayap kiri.

Bekas tentera berusia 69 tahun itu mencapai kejayaan ketika kedudukannya ‘dihempas’ krisis politik berikutan keputusan meragukan susulan pilihan raya Parlimen sekitar April lalu, sekali gus gagal membawa kepada pakatan untuk mewujudkan pemerintahan baharu.

Oleh demikian, pilihan raya yang akan diadakan semula pada 17 September depan me­nyaksikan buat pertama kali­nya dua pilihan raya dilakukan dalam tahun yang sama bagi rejim Zionis itu.

Dalam pada itu Netanyahu diarahkan hadir ke mahkamah pada Ogos depan bagi pende­ngaran rasmi dakwaan kes ra­suah antaranya dengan seorang ahli perniagaan.

Beliau didakwa menerima habuan sebagai tukaran bagi bantuan politik yang diberikan kepada ahli perniagaan tersebut selain mengawal liputan media berkenaan dirinya.

Netanyahu bagaimanapun menafikan semua pertuduhan tersebut.

Pada masa yang sama, Netanyahu turut menerima kecaman dunia selepas melaksanakan pelbagai polisi sekatan ke atas Palestin, menjadikan keselamatan sebagai alasan tindakan kejamnya itu.