Menurut kenyataan dibaca oleh Duta Iceland ke PBB, Harald Aspelund, negara-negara berkenaan melahirkan kebimbangan berkaitan isu penderaan di Arab Saudi dan menuntut pembelaan pembunuhan Jamal.

“Siasatan terhadap pembunuhan itu perlu dijalankan secara menyeluruh, bebas, adil dan telus. Kesemua yang bertanggungjawab perlu dihukum,” kata kenyataan tersebut. - AFP