“Apa yang jelas adalah perkara yang diucapkan oleh Presiden Iran itu tidak mempunyai kaitan dengan tujuan utama persidangan dan ia juga tidak perlu dikaitkan dengan hasilnya,” kata Pesuruhjaya Tinggi PBB mengenai Hak Asasi Manusia, Navi Pillay kepada pemberita.

Menurutnya, delegasi yang hadir tidak sepatutnya menjadikan Persidangan Kajian Semula Durban terhadap perkauman ‘disabotaj oleh seorang individu yang mengeluarkan ulasan tidak sedap didengar.’

Pillay menyifatkan Ahmadinejad sebagai ‘seorang yang sentiasa mengeluarkan kenyataan menjelikkan.’

“Saya dengan ini meminta anda semua memberi tumpuan pada... kesemua kerja penting yang telah dilakukan untuk persidangan ini,” ujar beliau.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon yang turut mendakwa Ahmadinejad sebagai merendahkan tujuan persidangan, juga menyeru orang ramai agar melihat kepada fokus utama pertemuan besar ini.

Ki-moon menggariskan bahawa negara anggota yang ‘telah datang dari jauh’ untuk mencapai persetujuan dalam draf perisytiharan menentang perkauman, takut kepada orang asing dan sikap tidak bertoleransi, yang dijangka digunapakai oleh negara yang masih ada dalam persidangan.

“Ia bukan penamat tetapi satu permulaan kepada proses tersebut. Kita harus meneruskan usaha untuk membinanya,” kata beliau kepada pemberita.

Jelas Ki-moon, beliau telah bertemu empat mata dengan Ahmadinejad dan memberitahu bahawa Perhimpunan Agung PBB telah menetapkan resolusi bahawa ‘membatalkan persamaan Zionisme dengan perkauman dan mengesahkan fakta sejarah mengenai Holocaust namun rayuan untuk melihat ke arah perpaduan di masa depan tidak diterima. – AFP