Abiy membuat pertemuan dengan kedua belah pihak bagi menghidupkan semula dialog antara pemerintah tentera dan pemimpin protes selepas tindakan keras mengakibatkan berbelas orang maut pada minggu ini.

Antara delegasi pergerakan protes yang ditemui iaitu pemimpin pembangkang, Mohamed Esmat dan ketua pemberontak Sudan People Liberation Movement-North (SPLM-N), Ismail Jalab.

Pasukan keselamatan Sudan kemudian menahan kedua lelaki itu tanpa memberikan sebarang alasan mengikut pembantu mereka. - AFP