Menurut kenyataan dikeluarkan oleh ICC, lawatan itu merupakan sebahagian daripada pemeriksaan awal yang dijalankan berhubung situasi di Myanmar/Bangladesh.

“Pemeriksaan awal bukanlah siasatan. Lawatan seperti itu dalam konteks pemeriksaan awal adalah langkah standard dan delegasi tidak akan terbabit dalam sebarang pengumpulan bukti berkaitan mana-mana jenayah.

“Pemeriksaan awal bebas dan adil berhubung situasi di Bangladesh/Myanmar masih diteruskan serta mengikuti prosedur normal,” kata kenyataan tersebut. - AFP