Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang (waktu tempatan) di Kampung Tolang, Jalan Pattani-Narathiwat, pasangan suami isteri itu sedang menaiki motosikal pulang dari Hospital Pattani ke rumah mereka di Panare dekat sini.

Ketua Polis Daerah Yaring, Mustafa Manik berkata, mangsa, Rachawud Keawsi, 36, terkena tembakan di bahagian dada, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Supassorn Pajjimanon, 28, terkena tembakan di bahagian dada serta kepala, meninggal dunia di Hospital Yaring.

Beliau berkata, mangsa dipercayai ditembak oleh sekumpulan lelaki yang memakai penutup muka.

"Ketika cuba melarikan diri, kumpulan itu turut melepaskan tembakan ke arah polis yang sedang bergegas ke tempat kejadian. Namun tiada yang cedera dalam kejadian berbalas tembakan itu," katanya. - BERNAMA