Lapor Metro UK memetik mangsa iaitu Muhammed, 35 sebagai berkata, isterinya dipaksa menanggalkan hijab supaya gambarnya boleh diambil oleh pegawai anti keganasan.

Muhammed juga berkata pegawai-pegawai tersebut bertanyakan soalan berkaitan pendapat mengenai Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan siapakah yang mereka lawati di Arab Saudi.

Ketika kejadian, Muhammed dan isterinya menaiki penerbangan dari Arab Saudi ke Turki sebelum pulang ke United Kingdom (UK).

"Terdapat beberapa keluarga yang tiba dari Turki, Muslim dan bukan Muslim, tetapi apabila kami keluar dari pesawat berkenaan, pegawai anti keganasan mendekati saya dan isteri serta meminta kami mengikut mereka untuk disoal siasat.

"Ia sangat memalukan, kami dibawa ke tepi oleh sejumlah orang yang kami kenali, tetapi mereka tidak ambil peduli tentang itu," ujar Muhammed. - AGENSI