Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) menyatakan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya 23 Disember depan tetapi khuatir pilihan raya berkenaan tidak akan dijalankan secara demokratik serta boleh mencetuskan protes.

Pemimpin kanan BNP, Khandaker Mosharraf Hossain berkata, keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya bukanlah mudah berikutan keadaan dihadapi oleh mereka ketika ini.

“Kami akan bertanding untuk memperjuangkan demokrasi,” katanya.

BNP turut bergabung dengan beberapa parti lain, termasuklah pergerakan Islam. - AFP