Netanyahu bagaimanapun sehingga kini belum membentuk kerajaan campuran baharu.

Parlimen Israel atau Knesset dijangka akan berdepan ‘sesi yang tegang’ ketika membincangkan isu berkaitan agama dan hal ehwal dalaman selain cadangan untuk melindungi Netanyahu daripada didakwa.

Netanyahu berdepan dakwaan penipuan, rasuah dan pecah amanah.

Presiden Reuven Rivlin mengarahkan Netanyahu membentuk kerajaan campuran baharu bermula 17 April lalu dan diberikan tempoh selama 28 hari untuk berbuat demikian. - AFP