Lapor CNN Indonesia, PAN mendakwa proses pengiraan undi tidak dilakukan di tempat pemungutan suara (TPS) tetapi di rumah ketua kampung.

“PAN mengesyaki penglibatan ketua kampung di mukim Kwanyar kerana pengiraan undi di beberapa TPS dilakukan di rumah ketua kampung, bukan di TPS yang berkaitan,” kata peguam PAN, Wiwin Ariesta ketika menyampaikan petisyen di Mahkamah Perlembagaan (MK), Jakarta semalam.

Tambah Wiwin, penipuan itu berlaku di seluruh TPS di Desa Batah Timur, wilayah Bangkalan, mukim Kwanyar. - AGENSI