Tentera dalam satu kenyataan berkata, askar terbabit terbunuh dalam insiden letupan di Barnala dekat wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan berhampiran Garisan Kawalan (LoC).

Namun masih tidak jelas bila insiden itu berlaku.

“Insiden itu adalah bukti jelas keganasan yang ditaja oleh India mencabul gencatan senjata dua pihak dan peraturan antarabangsa,” kata kenyataan itu. - AFP