Lapor Khaleej Times, berdasarkan rekod mahkamah, kes itu berlaku apabila kedua-dua lelaki terbabit bertengkar berhubung kesilapan pada resipi yang dikenali sebagai ‘salona’.


Kedua-dua lelaki itu saling memaki hamun antara satu sama lain dan terlibat dalam pergaduhan mendorong suspek menggunakan sebilah pisau yang dibawanya dari dapur sebelum menikam mangsa pada tangannya.

Menurut laporan forensik, mangsa mengalami kecacatan kekal pada tangannya.

Kedua-dua lelaki itu dirujuk ke pendakwa raya Ras Al Khaimah yang mendakwa mereka kerana menyumpah dan menyerang antara satu sama lain. - AGENSI