Dakwaan yang dibuat menerusi laporan bertajuk Hijacked by Hate itu mendedahkan kira-kira 1,096 organisasi amal ternama membiayai kira-kira 39 kumpulan yang dipanggil sebagai Rangkaian Islamofobia antara 2014 hingga 2016.

Pembiayaan tersebut membolehkan rangkaian itu memperoleh pendapatan sehingga AS$1.5 bi­

NIHAD AWAD
NIHAD AWAD 

lion (RM6.28 bilion).

“Islamofobia dan polisinya adalah propaganda kumpulan-kumpulan tertentu yang berkepentingan. Kumpulan boneka ini dikenali sebagai Rangkaian Islamofobia, iaitu gabungan kumpulan-kumpulan dan individu yang berkongsi ideologi anti-Muslim yang keterlaluan.

“Mereka bekerjasama mempengaruhi pemi­ki­ran orang ramai dan polisi kerajaan untuk membenci agama Islam dan penganutnya,” jelas laporan berkenaan seperti dilaporkan Jerusalem Post.

Antara organisasi yang dinamakan dalam laporan itu termasuk Committee for Accuracy in Middle East Reporting in America (CAMERA), Lawfare Project, Middle East Media Research Institute (MEMRI) dan Gatestone Institute.

Adelson Family Foundation turut dinamakan dalam laporan berkenaan.

CAMERA merupakan pertubuhan yang dikenali dengan kesetiaan mempromosikan liputan tepat dan seimbang tentang rejim Israel dan Asia Barat.

Lawfare Project pula merupakan khidmat guaman percuma yang melindungi hak sivil dan kemanusiaan penganut Yahudi seluruh dunia.

MEMRI yang berpusat di Washington mengedarkan terjemahan bahasa Inggeris bagi laporan media bahasa Arab, Parsi, Urdu, Pashto dan Turki.

Laporan itu ditulis Pengasas CAIR, Nihad Awad; Pengarah Eksekutifnya, Zainab Arain dan Pengurus Bahagian Penyelidikan dan Advokasi CAIR, Abbas Barzegar.

CAIR yang ditubuhkan pada 1993 dilanda kontroversi apabila disifatkan sebagai organisasi rahsia yang menyokong perge­rakan Hamas.

Pada 2007, CAIR dituduh bersubahat dengan Holy Land Foundation dalam isu pembiayaan pergerakan Hamas AS$12 juta (RM50 juta).

CAIR menerusi laman web­nya menolak tuduhan ber­kenaan dan menegaskan ha­nya fokus melawan stereotaip dan fitnah.