Torres Strait Islanders akan memaklumkan kepada Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB bahawa kenaikan paras laut disebabkan pemanasan global mengancam tanah air dan kebudayaan, mengikut peguam kumpulan itu.

Peguam daripada ClientEarth memberitahu, kes seumpama itu merupakan yang pertama dilaporkan ke PBB yang menyamakan tiada tindakan diambil kerajaan terhadap perubahan iklim dengan pelanggaran hak asasi manusia. - AFP