Lapor Channel News Asia memetik pengendali perkhidmatan pemanduan arah udara, Airservices Australia sebagai berkata, menara kawalan tersebut terpaksa dikosongkan ekoran kejadian itu.

“Operasi penerbangan terpaksa dihentikan di kawasan yang tiada pesawat tiba atau berlepas buat masa ini di Lapangan Terbang Sydney,” kata Airservices Australia pada pukul 12 tengah hari waktu tempatan di Twitter.