Presiden Senegal, Abdoulaye Wade yang kini mempengerusikan badan Islam itu menyifatkan tindakan negara Yahudi itu sebagai penghalang kepada usaha damai Asia Barat.

"Wade meluahkan 'kebimbangan besar berikutan keputusan Israel membenarkan pembinaan penempatan haram di timur Baitulmaqdis," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau.

Israel pada Selasa lalu mengumumkan akan membina 1,600 buah kediaman untuk pendatang Yahudi di timur Baitulmaqdis, kawasan yang diduduki penduduk Arab dan pengumuman tersebut dibuat ketika Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melawat kota suci yang menjadi pertikaian tersebut.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membuat permohonan maaf terbuka kepada Biden semalam dalam usaha mengendurkan ketegangan berhubung isu tersebut, yang menyebabkan pihak Palestin memulaukan rundingan damai. - AFP