Reuters melaporkan, suami kepada salah seorang mangsa, Farid Ahmed berkata, dia sebagai seorang lelaki beriman telah memaafkan pembunuh isterinya, Husna.

Katanya, dia memaafkan pembunuh yang berpaksikan ketuanan kulit putih tersebut kerana tidak mahu mempunyai hati yang mendidih seperti gunung berapi.

“Saya mahu hati yang penuh kasih sayang dan mudah memaafkan kerana hati ini tidak mahu lagi kehilangan nyawa,” katanya yang disambut tepukan daripada orang ramai yang menghadiri majlis tersebut. -AGENSI