Mengikut portal berita teknologi, TechCruch, server yang menyimpan 419 juta rekod pengguna dalam beberapa pangkalan data termasuk 133 juta akaun AS, lebih 50 juta (Vietnam) dan 18 juta (Britain) telah terdedah.

Server itu yang tidak dilindungi kata laluan yang bermakna sesiapa boleh mengaksesnya kekal online sehingga TechCrunch menghubungi penganjur laman pada malam tadi.

Bagaimanapun, Facebook mengesahkan sebahagian laporan itu dan menyatakan jumlah akaun yang terdedah hanya sekitar separuh daripada 419 juta yang dilaporkan. - AFP