Perdana Menterinya, Jacinda Ardern berkata, pihaknya menghantar tentera dalam misi latihan ‘disebalik wayar’ pada 2015 bagi meningkatkan keupayaan Angkatan Keselamatan Iraq (ISF) untuk memerangi Daesh.

Katanya, seramai 95 tentera dalam kontinjen kecil yang bekerja bersama Australia di kem tentera Taji telah menyiapkan misi berkenaan sambil memaklumkan 44,000 anggota ISF telah dilatih di kem tersebut. - AFP