Menteri Perkhidmatan Perisikan, Andrew Little berkata, pihaknya telah menandatangani waran pengawasan bagi membolehkan maklumat berhubung serangan tersebut dapat dikumpulkan.

“Saya telah memberi kuasa kepada agensi-agensi untuk melakukan aktiviti ‘mengganggu’ dengan waran, Berapa jumlahnya, saya tidak dapat dedahkan,” katanya kepada Radio New Zealand di sini hari ini.

Menurut Little, bahagian perisikan biasanya memantau 30 hingga 40 orang namun jumlah itu telah meningkat.

Tambahnya, waran tersebut membenarkan pengawasan fizikal kepada pemantauan aktiviti telekomunikasi. -AFP