PAPAN iklan gergasi merakamkan Benjamin Netanyahu (kanan) bersalaman dengan Donald Trump menjelang pilihan raya Israel minggu depan di Tel Aviv, kelmarin. - AFP

Ikrar Netanyahu itu lantas mendapat reaksi balas Palestin dengan mendakwa Netanyahu memusnahkan sebarang harapan untuk keamanan ketika parti pembangkang Israel menuduh Perdana Menteri bersikap sinis untuk meraih undi golongan nasionalis berhaluan kanan.

Dalam ucapannya yang disiarkan dalam saluran televisyen Israel, Perdana Menteri turut mengulangi hasratnya untuk merampas penempatan haram Yahudi di Tebing Barat jika dipilih semula.

Namun katanya, langkah itu akan dibuat dengan penyelarasan bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dijangka mendedahkan pelan damai Asia Barat Washington selepas pilihan raya. - AFP