Kementerian Luar Bangladesh memaklumkan, kumpulan pelarian itu enggan memasuki negara ini sejak beberapa bulan lalu dan selepas kempen keganasan tentera Myanmar.

Mereka kini tersekat di `tanah tidak bertuan’ antara sempadan kedua-dua negara dengan mengharapkan bantuan antarabangsa yang dihantar oleh Bangladesh.

Myanmar menggesa pemberhentian bantuan itu ketika rundingan antara Menteri Luar Bangladesh, A.H. Mahmood Ali dan wakil diplomatik Myanmar, Kyaw Tint Swe yang diadakan Napyidaw, Myanmar, pada Jumaat lalu.

``Myanmar memohon Bangladesh menghentikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian tersebut dan merancang untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dari dalam negara itu,’’ lapor kementerian berkenaan.

Walau bagaimanapun Bangladesh tidak memberi sebarang komitmen namun memberi `maklum balas positif’ terhadap cadangan Myanmar untuk mengendalikan kajian terhadap `tanah tidak bertuan’ itu. - AFP