Menteri Luar Australia, Marise Payne dan rakan sejawatan Belanda, Stef Bok menyatakan terdapat perkembangan dalam penemuan mereka bertanggungjawab tragedi itu selepas mesyuarat trilateral bersama Rusia awal bulan ini,

Bok berkata, mereka tidak boleh mendedahkan kandungan proses itu kerana ia mempunyai maklumat sulit yang penting di sini.

“Bagaimanapun saya boleh memberitahu di sini, kami kekal komited untuk mendapatkan kebenaran, keadilan dan kebertanggungjawaban,” katanya.

Penyiasat antarabangsa sebelum ini menyimpulkan peluru berpandu darat ke udara BUK datang dari briged tentera Rusia berpangkalan di barat daya Kursk.