Menurutnya yang merupakan rakan rapat Markle dan suami, Putera Harry, memberi amaran bahawa ‘sejarah berulang’ sendiri dengan peningkatan tumpuan media terhadap mereka.

“Saya ingin mengatakan, mereka mengejar Markle di mana-mana.

“Beliau seorang wanita dengan kandungan tujuh bulan yang mana diburu dan dikritik seperti mana Puteri Diana . Kita telah melihat bagaimana ia berakhir,” katanya kepada Majalah WHO baru-baru ini.

Pada minggu lalu, laporan akhbar mendedahkan surat sangat peribadi ditulis Markle kepada bapanya dengan merayu agar menghentikan penipuan dan eksploitasi hubungan dia dengan suaminya. - AFP