Lapor Al Jazeera yang memetik MBS sebagai berkata, Arab Saudi tidak mahukan peperangan di rantau ini.

“Namun kami tidak teragak-agak untuk menangani sebarang ancaman kepada rakyat, kedaulatan, integriti wilayah dan kepentingan utama kita,” katanya dalam wawancara yang diterbitkan hari ini.

Sebanyak dua kapal tangki terkena letupan Khamis lalu, serangan kedua dalam tempoh sebulan di laluan perkapalan strategik di Teluk Oman hingga mengakibatkan harga minyak melonjak naik. - AGENSI