"Selain menerima perkembangan baharu daripada menteri-menteri dan pegawai-pegawai, mesyuarat itu juga akan membincangkan penambahbaikan keselamatan berhubung aktiviti pelayaran di Teluk Parsi," kata jurucakap May dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Mesyuarat Bilik Taklimat Pejabat Kabinet (COBR) melibatkan menteri, agensi keselamatan, perisikan dan ketua tentera Britain.

Britain sebelum ini telah mengarahkan semua kapal miliknya agar tidak melalui Selat Hormuz sehingga arahan baru dikeluarkan. - AFP