Lapor Mail Online, kejadian itu berlaku selang beberapa minit selepas mereka berkahwin di Texas.

Harley Joe Morgan, 19, dan Rhiannon Boudreaux Morgan, 20, yang mengenali satu sama lain sejak sekolah tinggi, disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya 87 pada pukul 3 petang waktu tempatan kelmarin.

Sewaktu kejadian, Harley Joe dikatakan baru memandu keluar dari lokasi perkahwinan mereka di Orange County sebelum berlanggar dengan trak pikap. - AGENSI