Lapor Tribunnews, Jusuf berkata, hal demikian adalah kerana sistem pendidikan Indonesia memerlukan penanda aras untuk dijadikan sebagai bahan penilaian.

“Rancangan menghapuskan UN akan membawa kesan buruk terhadap kualiti pendidikan Indonesia.

“Selain itu, tiada lagi pe­nanda aras untuk menentukan sama ada sistem pendidikan mengalami kemajuan atau kemunduran,” katanya, semalam.

Kata Jusuf, peperiksaan nasional termasuk dalam undang-undang pendidikan Indonesia dan amat penting kepada pelajar Sekolah Dasar (SD), Sekolah Menengah Pertama (SMP) dan Sekolah Menengah Umum (SMU).

Katanya, peperiksaan tersebut adalah satu kaedah untuk menjaga standard nasional pendidikan dalam negara ini.

“Pengetahuan pelajar lulusan SD, SMP, SMA seharusnya mencapai nilai yang ditetapkan dalam peperiksaan nasional atau kemampuan kurikulum yang ada,” katanya.

Semasa sesi debat calon Naib Presiden baru-baru ini, calon Naib Presiden nombor dua, Sandiaga Uno mencadang­kan untuk menghapuskan UN jika beliau menang pilihan raya ini.

Katany, sistem ujian nasional itu akan diganti dengan pembangunan minat dan bakat pelajar. – AGENSI