MANIFESTO yang dipercayai ditulis oleh pengganas kulit putih warga Australia ini telah diharamkan di New Zealand. -AGENSI

NZ Herald melaporkan, perkara itu telah disahkan oleh Pejabat Klasifikasi Filem dan Sastera New Zealand.

Ketua Penapisannya, David Shanks menggesa sesiapa yang mempunyai salinannya untuk memusnahkan bahan tersebut.

“Memilikinya adalah satu kesalahan kerana dokumen tersebut mempromosikan pembunuhan dan keganasan,” katanya di sini hari ini. -AGENSI