BBC.com, melaporkan suhu yang meningkat tinggi sehingga 38 darjah Celcius direkodkan pada hari ini dan keadaan yang berangin juga boleh menyebabkan api marak semula setelah dipadamkan.

Para pegawai perlindungan awam berkata, walaupun 70 peratus kebakaran telah berjaya dikawal, tetapi kekhuatiran tetap timbul.

Komando Perlindungan Awam, Elisio Oliveira berkata, terdapat kebimbangan besar terhadap api yang masih marak dan operasi memadamkan kebakaran merumitkan kerana ramai penduduk tempatan terpaksa dipindahkan.

Lebih daripada 1,000 anggota bomba dikerahkan bagi mema­damkan kebakaran yang masih lagi marak di beberapa bahagian hutan.

Sementara itu, seorang penyelamat sukarelawan yang enggan dikenali berkata, anggota bomba tidak optimis kebakaran terbabit akan berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam masa terdekat.

“Kelembapan yang rendah, keadaan berangin dan suhu tinggi akan mudah menyebabkan api kembali marak serta merebak dengan cepat,” katanya.

Dalam pada itu, polis percaya kebakaran itu berpunca daripada guruh ketika gelombang panas dan ribut petir.