Daily Mail melaporkan, mangkuk porselin itu dipercayai pada zaman pemerintahan Maharaja Yongzheng (1723-1735) dan dibuat khas untuk penguasa Dinasti Qing.

Mangkuk bernilai tinggi itu pada awalnya telah dibeli di sebuah kedai antik di China pada 1980-an dengan harga 20 pound.

Sworders Fine Art Auctioneers (Sworders) menganggarkan lelongan sekitar 8,000 pound (RM42,424) namun dijual hampir empat kali ganda nilai anggaran.

Mangkuk itu dibeli oleh pengumpul barang antik dari Hong Kong.

Yexue Li, pakar seni Asia di Sworders, berkata jualan itu merupakan salah satu perkara besar dalam acara lelongan.