Portal Daily Mail melaporkan, kajian itu membabitkan 475,000 responden warga Britain dalam lingkungan pertengahan umur selama lapan tahun antara 2006 dan 2014.

Diet pemakanan dan penya­kit yang dialami oleh kesemua res­ponden berkenaan turut dikaji.

Hasil kajian mendapati kira-kira 23,000 daripada mereka menghidap penyakit kanser.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan yang disiarkan dalam Journal of Epidemiology & Community Health, pengambilan ayam secara positif dikaitkan dengan risiko menghidap pe­nyakit melanoma yang berbahaya, kanser prostat dan limfoma bukan Hodgkin.

Kajian yang dijalankan itu merupakan hasil ‘kaji selidik persatuan’.

Ini bermakna, kajian itu ha­nya menunjukkan hubung kait antara pengambilan ayam dan jenis kanser tertentu dan bukannya menyiasat punca berlakunya penyakit tersebut.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan hubungan tersebut.

Sehingga kini, ayam dianggap sebagai sumber makanan alternatif yang sihat berbanding da­ging merah. – AGENSI.