Lapor Oddity Central, gambar Lovely Acosta Baruelo, 26, tular dalam media sosial dan mendapat perhatian Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) yang kemudiannya menghantar mangsa pulang ke kampungnya.

DFA dalam satu kenyataan memberitahu, Baruelo selamat tiba di Manila pada pukul 8.55 malam waktu tempatan pada 9 Mei lalu dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang berkongsi gambar itu sehingga wanita berkenaan diselamatkan.

Dalam pada itu, bercakap kepada pemberita, Baruelo memberitahu dia khuatir de­ngan keselamatan rakan se­negaranya yang memuat naik gambar tersebut.

“Saya berharap ada pihak yang membantunya. Terima kasih kepada semua yang membantu saya,” katanya.

Berikutan peristiwa yang menimpa dirinya, Baruelo berharap, bekas majikannya itu akan menerima karma atas perbuatannya.

“Gaji kami sentiasa dipotong dan inilah sebabnya dia tidak mempunyai kesihatan yang baik. Itulah karma kerana melakukan jahat kepada orang lain,” katanya.

Baruelo diikat pada sebatang pokok selepas membiarkan perabot maji­kannya terjemur di luar rumah.

Tindakan Baruelo membu­atkan keluarga majikannya marah dan mengambil keputusan untuk mengikat mangsa di pokok bagi membolehkan dia merasai bahang matahari seperti perabot mewah itu. –AGENSI