Keputusan yang dibuat Hakim Andres Soriano itu menolak petisyen kerajaan yang mahu Senator Antonio Trillanes ditahan atas dakwaan yang telahpun diberi pengampunan oleh ahli Parlimen.

Trillanes lantang mengkritik kempen serbuan antidadah Duterte dan menuduh pemimpin itu mengamalkan rasuah selain mendakwa anak lelakinya terlibat dalam penjualan dadah.

``Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Soriano yang mendukung undang-undang dan peraturan negara walaupun menerima tekanan hebat daripada rejim Duterte,’’ kata Trillanes.- AFP