Myung-bak yang menjawat jawatan sebagai Presiden dari 2008 hingga 2013, didapati bersalah atas pelbagai dakwaan termasuklah rasuah, penyelewengan wang serta dijatuhi hukuman selama 15 tahun pada Oktober lalu.

Beliau membuat rayuan berhubung keputusan terbabit dan memohon supaya dibebaskan dengan ikat jamin, atas alasan faktor usia dan kemungkinan komplikasi kesihatannya. - AFP