Kejadian tersebut merupakan keganasan terbaharu yang mana rakyat mereka terus berdepan dengan konflik berdekad lama.

Menurut jurucakap polis, Qasim Afghan, ketika kejadian, kenderaan itu dalam perjalanan dari Daerah Dand, Kandahar ke ibu kota.

“Empat kanak-kanak iaitu dua lelaki dan dua wanita antara yang terbunuh dalam letupan.

“Kesemua mereka daripada satu keluarga,” katanya kepada AFP.

Dalam pada itu, Gabenor Daerah Dand, Haji Abdullah memberitahu, bom itu diletak oleh Taliban di jalan yang sering digunakan tentera asing dan Afghanistan. - AFP