Pasukan bomba menemukan mangsa berusia 40an daripada runtuhan kilang kimia sekitar waktu Subuh.

Mangsa telah dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut namun keadaan kecederaannya tidak didedahkan.

Terdahulu, lebih 600 orang telah menerima bantuan perubatan setelah letupan yang berlaku pada Khamis lalu. - AFP