Lapor Reuters, lelaki berusia 38 tahun itu mendakwa dia menerima layanan buruk oleh majikannya selepas mengambil cuti bersalin pada 2015 dan 2018.

Cuti bersalin bagi golongan pekerja lelaki dibenarkan oleh undang-undang di negara ini.

Asics bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.

Lelaki itu meminta identitinya dirahsikan selepas menerima kecaman dari pengguna Twitter yang menuduh dia mementingkan diri kerana mengambil cuti bersalin selama setahun untuk kedua-dua anaknya.

Perbicaraan kes itu dijadualkan berjalan pada Khamis ini. - AGENSI