Dua pegawai polis turut digantung tugas kerana gagal mengendalikan kes terbabit dengan baik.

Mangsa, Tabrez Ansari, 24, menerusi video yang tular di media sosial negara ini, dilihat menangis dan merayu ketika dia dipaksa membaca slogan agama Hindu di negeri Jharkhand.

Tabrez didakwa terbabit dalam rompakan oleh penduduk kampung.

Dia diikat di tiang dan dipukul selama 12 jam sebelum polis menahannya di Seraikela sebelum membawanya ke hospital.

“Kamu sudah menahan 11 orang. Dua anggota polis digantung tugas kerana mereka gagal memaklumkan kepada pegawai atasan tentang kes itu dan cuba mengendalikan kes tersebut dengan sendiri,” kata Ketua Polis Seraikela, Karthik S. - AFP