Mangsa dikenalpasti sebagai John James Calandaria, 29, dan Albert Monis, 21.

Dalam kejadian itu, kedua-dua individu terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha Mio sekitar daerah tersebut sebelum kenderaan mereka hilang kawalan lalu melanggar tiang konkrit.

Kedua-duanya yang cedera parah dikejarkan ke Pusat Perubatan Amang Rodriguez Memorial untuk menerima rawatan.

Walau bagaimanapun, Calandaria disahkan meninggal dunia setelah sampai di hospital berkenaan.-AGENSI